JUN 2023

Dua Unit Khas Baharu Ditubuh Perkasa Pendigitalan Sektor Awam


KUCHING: Frasa Iban Segulai Sejalai yang digunakan sebagai moto perpaduan di Malaysia turut sesuai menggambarkan solidariti kakitangan penjawat awam di neger ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana Sarawak memiliki penjawat awam pelbagai latar yang komited dan rajin bekerja.

“Penjawat awam sama ada di Sarawak mahupun Persekutuan memainkan peranan penting dalam menerajui sistem penyampaian kerajaan dengan lebih profesional dan efisien demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sekalung Budi Sarawak 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, malam tadi.

Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak telah menubuhkan dua unit khas baharu bagi memperkasa pendigitalan dalam sektor awam di negeri ini.

“Di bawah Jabatan Premier Sarawak sendiri, kita mewujudkan dua unit baharu iaitu Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak dan Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak agar selari dengan keperluan Kerajaan Sarawak dalam memperkenalkan pendigitalan dalam sektor awam Sarawak,” katanya.

GAMBAR: Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS

Sumber dari : Jiwa Bakti